MAKLUMAT SUBJEK


PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


Kursus ini bertujuan memperkenalkan pelbagai sumber dan perkhidmatan berdasarkan teknologi baru sebagai persembahan dan penyampaian maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia menyentuh tentang penggunaan teknologi maklumat meliputi semua aplikasi Internet termasuk media elektronik untuk pengajaran dan pembelajaran. 

Kursus ini membincangkan pengurusan teknologi maklumat, persembahan dan penyampaian maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada semester 3 ini, kami diajar tentang cara-cara membuat blog. Antaranya ialah cara untuk membuat pages, cara letak gambar, video dan link dalam internet. Subjek ini sangat memberi ilmu pengetahuan yang baru kepada kami kerana ianya merupakan perkara yang baru bagi saya. Semoga blog ini memberi manfaat kepada kita semua.


PENGENALAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM (MIJOR)



Pendidikan Islam adalah merupakan salah satu daripada matapelajaran yang ditawarkan di peringkat sekolah rendah dan menengah, dengan bermatlamatkan untuk  melahirkan insan soleh yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak. Sehubungan  dengan itu, Pendidikan Islam mesti diperkenal dan diajar sebagai al Din, bukan sekadar menyampaikan maklumat dan pengetahuan semata-mata tetapi hendaklah  diamalkan dan dihayati sepenuhnya oleh setiap individu muslim yang beriman kepada  Allah S.W.T. 


Pendidikan Islam pada  hakikatnya bukanlah satu mata pelajaran yang cuba menyampaikan satu maklumat yang sempit dan kaku, malah merupakan satu sistem dan gagasan pembentuk prinsip dan cara hidup berasas sumber wahyu yang diturunkan sebagai panduan kehidupan  manusia sepenuhnya.


Bagi subjek Pendidikan Islam, saya telah mengajar bidang Al-Quran dan Pemulihan Jawi bagi Tahun 1 dan bidang Pemulihan Jawi sahaja bagi Tahun 2. Di sekolah saya seramai 6 orang bagi murid Pemulihan Jawi dan Al-Quran Tahun 1 dan 4 orang sahaja bagi murid Tahun 2. Sepanjang praktikum ini saya dibimbing oleh guru pembimbing yang juga merupakan guru JQAF bagi matapelajaran Bahasa Arab. Banyak ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya di sepanjang minggu-minggu praktikum ini.


PENGENALAN MATAPELAJARAN BAHASA ARAB (MINOR)



Bagi subjek Bahasa Arab, saya telah mengajar Tahun 2 bagi satu kelas sahaja yang terdiri daripada 16 murid. Di sekolah saya hanya mempunyai satu kelas sahaja bagi setiap tahun. Sepanjang praktikum ini saya dibimbing oleh guru pembimbing yang juga merupakan guru JQAF bagi matapelajaran Bahasa Arab. Banyak ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya di sepanjang minggu-minggu praktikum ini.







No comments:

Post a Comment