ALHAMDULILLAH.. segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan dua nikmat yang paling terbesar dalam hidup iaitu nikmat iman dan nikmat Islam... pada hari ini 23 Mac 2014 kami pelajar DPLI-JQAF ambilan Januari 2013 masih diberi peluang untuk mengikuti kursus selama 6 hari bermula 23 Mac 2014 sehingga 28 Mac 2014..
Kuliah kami berjalan seperti yang telah dijadualkan bermula 23 Mac 2014 sehingga 25 Mac 2014.. kemudian diikuti BIG selama 3 hari 2 malam bermula 26 Mac 2014 sehingga 28 Mac 2014. BIG kali ini dijalankan di Gunung Tebu, Setiu.
Pada akhir kuliah kami iaitu hari Selasa, 25 Mac 2014, kami diberi peluang untuk belajar tentang cara-cara membuat blog bagu subjek Teknologi Pengajaran. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Rozlina binti Abd. Aziz di atas segala ilmu yang dicurahkan sepanjang kelas ini berlangsung.

No comments:
Post a Comment