Thursday, April 3, 2014

KISAH DI SEBALIK BIG FASA 1 ( BAHAGIAN 2 )

PERJALANAN AKTIVITI DI SEPANJANG BIG 


AKTIVITI 1 : Taklimat Keyakinan dan Aktiviti Air

Antara aktiviti yang diberikan taklimat dan penerangan kepada kami adalah berkaitan jaket keselamatan (Voyager Jacket) ketika berada di dalam air. Pelbagai pengalaman daripada pelatih berkaitan dengan menyelamat mangsa lemas dikongsikan bersama. Ia memberi kesedaran kepada peserta dengan kemampuan diri ketika berada di dalam air. Penerangan berkaitan jaket keselamatan ini juga memberi peserta kesedaran berkenaan kepentingan menguasai sukan renang untuk kebaikan diri ketika berlaku sebarang kemungkinan di dalam air.

Kesungguhan Tuan Haji Yusof menerangkan kemungkinan cara mangsa melemaskan penyelamat.


Pelatih diberi penerangan yang jelas cara-cara pemakaian jaket keselamatan dengan betul.


Pelatih mengambil peluang untuk mengambil gambar dengan memakai jaket keselamatan.


Gelagat pelatih BIG begitu bersemangat mencuba memakai jaket keselamatan dengan pemerhatian daripada jurulatih.



Pelatih secara bergilir-gilir memakai dan mencuba dalam memakai jaket keselamatan dan perlu diperiksa oleh Tuan Haji Mohd Yazit.



AKTIVITI 2 : Aktiviti Kerohanian


Pada sebelah malam pula, para pelatih menunaikan solat Maghrib dan Isya’ secara berjemaah di surau. Program diteruskan dengan aktiviti kerohanian melalui tazkirah yang disampaikan oleh TuanHaji Salleh bin Jusoh selaku penyelaras j-QAF. Tazkirah yang disampaikan menyentuh kepada tanggungjawab peserta sebagai guru dan Muslim. Ternyata tazkirah yang disampaikan menyentuh hati para peserta dan berazam untuk membetulkan niat dan diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dan sentiasa amanah dalam menjalankan tugas yang dipikul.


Kuliah Maghrib disampaikan oleh Penyelaras JQAF, Ustaz Salleh.


Sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak secara berjemaah.



AKTIVITI 3 : Persembahan Kumpulan


Tuan Haji Yusof selaku Ketua Jurulatih program telah membuat sedikit perubahan program  iaitu mengubah jadual aktiviti malam persembahan pada malam pertama dan aktiviti tayangan ditukar kepada malam kedua. Tujuan perubahan ini adalah untuk menghormati malam jumaat yang juga dikenali sebagai Sayyidul Ayyam.

Pada jam 9.30 malam, Tuan Haji Yusof telah memberi arahan kepada semua unit agar mengurus sendiri aktiviti malam persembahan BIG tersebut. Setelah berbincang dengan semua Ketua Unit, maka mereka semua sepakat untuk memutuskan bahawa Ustaz Nakhai sebagai pengacara majlis dan tiga orang Ustazah sebagai juri serta Ustazah Suhaila sebagai penjaga masa. Sebelum persembahan dibuat, semua kumpulan diberi masa lebih kurang 40 minit untuk membuat perancangan persembahan. Setelah tamat masa persediaan persembahan, maka aktiviti persembahan pun bermula.


Kami diberi sedikit taklimat tentang persembahan pada malam ini.



Setiap kumpulan diminta membuat perbincangan untuk persembahan setiap unit.



Persembahan lakonan daripada Unit Bahasa Arab.



Persembahan dikir barat dan nasyid daripada Unit Pendidikan Islam.







No comments:

Post a Comment