Thursday, April 3, 2014

KISAH DI SEBALIK BIG FASA 1 ( BAHAGIAN 2 )

PERJALANAN AKTIVITI DI SEPANJANG BIG 


AKTIVITI 1 : Taklimat Keyakinan dan Aktiviti Air

Antara aktiviti yang diberikan taklimat dan penerangan kepada kami adalah berkaitan jaket keselamatan (Voyager Jacket) ketika berada di dalam air. Pelbagai pengalaman daripada pelatih berkaitan dengan menyelamat mangsa lemas dikongsikan bersama. Ia memberi kesedaran kepada peserta dengan kemampuan diri ketika berada di dalam air. Penerangan berkaitan jaket keselamatan ini juga memberi peserta kesedaran berkenaan kepentingan menguasai sukan renang untuk kebaikan diri ketika berlaku sebarang kemungkinan di dalam air.

Kesungguhan Tuan Haji Yusof menerangkan kemungkinan cara mangsa melemaskan penyelamat.


Pelatih diberi penerangan yang jelas cara-cara pemakaian jaket keselamatan dengan betul.


Pelatih mengambil peluang untuk mengambil gambar dengan memakai jaket keselamatan.


Gelagat pelatih BIG begitu bersemangat mencuba memakai jaket keselamatan dengan pemerhatian daripada jurulatih.



Pelatih secara bergilir-gilir memakai dan mencuba dalam memakai jaket keselamatan dan perlu diperiksa oleh Tuan Haji Mohd Yazit.



AKTIVITI 2 : Aktiviti Kerohanian


Pada sebelah malam pula, para pelatih menunaikan solat Maghrib dan Isya’ secara berjemaah di surau. Program diteruskan dengan aktiviti kerohanian melalui tazkirah yang disampaikan oleh TuanHaji Salleh bin Jusoh selaku penyelaras j-QAF. Tazkirah yang disampaikan menyentuh kepada tanggungjawab peserta sebagai guru dan Muslim. Ternyata tazkirah yang disampaikan menyentuh hati para peserta dan berazam untuk membetulkan niat dan diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dan sentiasa amanah dalam menjalankan tugas yang dipikul.


Kuliah Maghrib disampaikan oleh Penyelaras JQAF, Ustaz Salleh.


Sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak secara berjemaah.



AKTIVITI 3 : Persembahan Kumpulan


Tuan Haji Yusof selaku Ketua Jurulatih program telah membuat sedikit perubahan program  iaitu mengubah jadual aktiviti malam persembahan pada malam pertama dan aktiviti tayangan ditukar kepada malam kedua. Tujuan perubahan ini adalah untuk menghormati malam jumaat yang juga dikenali sebagai Sayyidul Ayyam.

Pada jam 9.30 malam, Tuan Haji Yusof telah memberi arahan kepada semua unit agar mengurus sendiri aktiviti malam persembahan BIG tersebut. Setelah berbincang dengan semua Ketua Unit, maka mereka semua sepakat untuk memutuskan bahawa Ustaz Nakhai sebagai pengacara majlis dan tiga orang Ustazah sebagai juri serta Ustazah Suhaila sebagai penjaga masa. Sebelum persembahan dibuat, semua kumpulan diberi masa lebih kurang 40 minit untuk membuat perancangan persembahan. Setelah tamat masa persediaan persembahan, maka aktiviti persembahan pun bermula.


Kami diberi sedikit taklimat tentang persembahan pada malam ini.



Setiap kumpulan diminta membuat perbincangan untuk persembahan setiap unit.



Persembahan lakonan daripada Unit Bahasa Arab.



Persembahan dikir barat dan nasyid daripada Unit Pendidikan Islam.







Wednesday, April 2, 2014

KISAH DI SEBALIK BIG FASA 1 ( BAHAGIAN 1 )




Unit Kokurikulum IPG Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI) telah melangsungkan program Bina Insan Guru (BIG) selama 3 hari 2 malam ( 26 Mac 2014 sehingga 28 Mac 2014) di Kem Tebu View di Setiu, Terengganu khusus untuk pelatih-pelatih j-QAF ambilan 2013.

Alhamdulillah ucapan syukur kepada Allah swt kerana dengan limpah dan kurniaNya melalui program BIG yang dirancangkan kami, pelatih j-QAF ambilan 2013 dapat mengutip pengalaman yang amat berharga sepanjang berlangsungnya program BIG tersebut.

Sekitar jam 8.30 pagi kami telah bertolak ke Kem Tebu View dengan serentak. Pada jam 9.00 pagi perjalanan dihentikan untuk beberapa minit bagi menjamu selera di sebuah restoran. Selepas selesai menjamu selera, perjalanan ke destinasi Kem Tebu View diteruskan.


Wakil pelatih membaca doa sebelum memulakan perjalanan ke Kem Tebu View, Setiu.



Pelatih bersedia memulakan perjalanan ke tapak perkhemahan.




Alhamdulillah, sekitar jam 10.50 pagi kami telah tiba di Kem Tebu View dengan selamat. Para pelatih mula mengangkut beg dan barang masing-masing ke Dewan Kem Tebu View. Di sana, kami telah diberi taklimat ringkas oleh Tuan Haji Safri mengenai program BIG yang bakal berlangsung.Taklimat ringkas program diteruskan oleh Ketua Jurulatih program iaitu Tuan Haji Mohd Yusof.




Pelatih bersiap sedia mengangkat barang sebaik sahaja tiba di Kem Tebu View.



Pelatih diberi rehat seketika sementara menunggu taklimat daripada Ketua Jurulatih.



Pelatih memberi perhatian dan khusyuk mendengar taklimat daripada Ketua Jurulatih.



Ketua Jurulatih memberi sedikit taklimat tentang perjalanan program yang bakal dijalankan di sepanjang BIG dilaksanakan.






BERSAMBUNG.....