Sunday, March 30, 2014

SALAM UKHWAH FILLAH, SAHABAT-SAHABAT ;)


nasyid ini sebagai motivasi dalam meniti kehidupan . selain itu dapat memotivasikan diri ke arah yang lebih baik. Bagus lirik dia..sangat - sangat motivasi diri ini..dengarkanlah kawan - kawan.. 





MIMPI YANG INDAH

Telah ku lalui jalan berduri 
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang 
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar 
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan 
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti








MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH



Antara anugerah utama Allah kepada manusia ialah pemilihan manusia untuk menjadi khalifah atau wakilNya di bumi. Dengan ini manusia berkewajipan menegakkan kebenaran, kebaikan, mewujudkan kedamaian, menghapuskan kemungkaran serta penyelewengan dan penyimpangan dari jalan Allah.

Firman Allah SWT :
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku jadikan di bumi seorang Khalifah. Berkata Malaikat: Adakah Engkau hendak jadikan di muka bumi ini orang yang melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan bertaqdis dengan memuji Engkau? Jawab Allah: Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.” (Al-Baqarah:30)

Di kalangan makhluk ciptaan Allah, manusia telah dipilih oleh Allah melaksanakan tanggungjawab tersebut. Ini sudah tentu kerana manusia merupakan makhluk yang paling istimewa.



PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAHNYA.

Tanggungjawab manusia sebagai hamba dan khalifah kepada Allah secara khususnya meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan. Tanggungjawab tersebut bolehlah dirumuskan seperti berikut:

1. Mengabdikan diri kepada Allah menerusi beriman kepada Allah dan melakukan amal soleh dalam bentuk yang sempurna.
2. Sebagai hamba, manusia perlu melaksanakan amanah Allah, memelihara serta mengawal agama Allah serta ajaran Allah SWT. 
3. Ke arah melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah ini, manusia hendaklah menyedari dan memahami bahawa kewajipan berdakwah dengan menyebarkan dan memperluaskan ajaran Islam ke arah menegakkan syiar Islam serta meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini, dengan berperanan menegakkan amar makruf serta mencegah kemungkaran.

Firman Allah Ta’ala :
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali Imran: 104)

Apabila tugas menyeru kepada Islam dilakukan secara meluas dan menyeluruh dan dapat memberi kesedaran dan keinsafan nescaya akan dapat mewujudkan manusia yang faham akan tanggungjawab dan menjadi manusia yang bertanggungjawab.

4. Sebagai khalifah Allah, yang dimaksudkan dengan wakil Allah, wajiblah manusia menjaga agama dengan melaksanakan dua perkara:
i) Menegakkan Islam. Dengan berdakwah kepada manusia seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA dan membuktikan kebaikan ajaran Islam dan hukumnya di samping mempertahankan agamanya dari ancaman musuh.
ii) Melaksanakan Islam. Dengan mengamalkan perintahNya dan meninggalkan laranganNya, dalam semua urusan termasuk juga urusan kemasyarakatan dan kenegaraan.
5. Bertanggungjawab menjauh dan memelihara diri dan keluarga daripada masuk ke dalam neraka.



Tuesday, March 25, 2014

SELAMAT BERINTERAKSI



ALHAMDULILLAH.. segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan dua nikmat yang paling terbesar dalam hidup iaitu nikmat iman dan nikmat Islam... pada hari ini 23 Mac 2014 kami pelajar DPLI-JQAF ambilan Januari 2013 masih diberi peluang untuk mengikuti kursus selama 6 hari bermula 23 Mac 2014 sehingga 28 Mac 2014..


Kuliah kami berjalan seperti yang telah dijadualkan bermula 23 Mac 2014 sehingga 25 Mac 2014.. kemudian diikuti BIG selama 3 hari 2 malam bermula 26 Mac 2014 sehingga 28 Mac 2014. BIG kali ini dijalankan di Gunung Tebu, Setiu. 


Pada akhir kuliah kami iaitu hari Selasa, 25 Mac 2014, kami diberi peluang untuk belajar tentang cara-cara membuat blog bagu subjek Teknologi Pengajaran. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Rozlina binti Abd. Aziz di atas segala ilmu yang dicurahkan sepanjang kelas ini berlangsung.